Tanya apa sahaja tentang AI.
CelikAI boleh tersilap. Sentiasa semak fakta penting.
Ya. Ia app web (PWA) yang dipasang terus oleh pelayar anda seperti Chrome atau Safari. Ia berjalan dalam perlindungan pelayar dengan had yang sama seperti laman web biasa, jadi ia tidak boleh mengakses fail, gambar, kenalan, SMS atau data app lain dalam telefon anda.
Tidak. Tiada fail APK dimuat turun dan anda tidak perlu menukar sebarang tetapan keselamatan telefon. Pemasangan dibuat oleh pelayar sendiri.
Tiada kebenaran khas. Mikrofon hanya digunakan jika anda sendiri menekan butang mikrofon, dan telefon akan meminta kebenaran anda dahulu. Anda boleh menolaknya dan app tetap berfungsi.
Tiada pendaftaran, dan tiada nama, emel atau nombor telefon diminta. Soalan yang anda taip digunakan untuk mencari artikel di celikai.my. Elakkan menaip maklumat peribadi seperti nombor IC atau kata laluan dalam chat.
Buang seperti app biasa: tekan lama ikon Chatbot CelikAI, kemudian pilih Buang atau Nyahpasang. Tiada apa-apa yang tertinggal dalam telefon.